ANGGOTA bomba menangkap ular yang menyelinap masuk ke dalam baju kanak-kanak di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, hari ini. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menangkap ular yang menyelinap masuk ke dalam baju kanak-kanak di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, hari ini. FOTO ihsan bomba
Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my


Pontian: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdepan detik mencemaskan apabila seekor ular tedung memasuki bajunya dalam kejadian di kuarters Balai Polis Ayer Baloi, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.35 tengah hari.

Menurutnya, sebuah jentera Fire Response Vehicle (FRV) dari Fire Post Benut dengan kekuatan seramai tiga anggota ke tempat kejadian.

Katanya, anggota mendapati seekor anak ular tedung berada di dalam baju kanak-kanak lelaki.

"Ular itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika mangsa baring di ruang pantri.

"Anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak terbabit dan menangkap ular menggunakan alat penjerut.

"Ular berkenaan dilepaskan di lokasi jauh daripada penempatan awam.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat 12.56 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 10:03 PM