ALIRAN trafik menuju arah Utara meningkat di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri. FOTO Asyraf Hamzah
ALIRAN trafik menuju arah Utara meningkat di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri. FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan bergerak perlahan setakat 12.15 tengah hari tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam ciapan di Twitter memaklumkan trafik perlahan di kedua-dua arah di sektor E2.

Aliran trafik ke arah utara dari Yong Peng-Pagoh, Machap-Ayer Hitam, Simpang Renggam-Machap dan Plaza Tol Skudai-Sedenak didapati perlanan.

Manakala arah selatan trafik juga perlahan di Bangi-Nilai, Bandar Ainsdale-Pedas/Linggi dan Ayer Keroh-Jasin.

Sementara itu, di sektor E1 trafik dilapor perlahan arah selatan di Kepala Batas-Plaza Tol Hutan Kampung, Juru Auto City-Plaza Tol Juru-Bandar Cassia dan Bukit Berapit-Kuala Kangsar.

Trafik turut perlahan arah utara di Bertam-Sungai Petani (U), Perai-Plaza Tol Sungai Dua, Bukit Tambun-Plaza Tol Juru, Ipoh Selatan-Ipoh Utara, Slim River-Sungkai, dan Hospital Sungai Buloh-Bukit Tagar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2023 @ 12:56 PM