SALAHUDDIN ketika membuat pemantauan di beberapa kedai di Pasar Chow Kit, awal pagi tadi. FOTO ihsan FB Salahuddin Ayub
SALAHUDDIN ketika membuat pemantauan di beberapa kedai di Pasar Chow Kit, awal pagi tadi. FOTO ihsan FB Salahuddin Ayub
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Peniaga di Pasar Chow Kit, di sini, dikejutkan dengan kehadiran Datuk Seri Salahuddin Ayub yang membuat pemantauan di sini, awal pagi tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dalam hantaran Facebook berkata, beliau sengaja singgah ke pasar terbabit tanpa pengiring bagi melihat harga barangan yang dijual di sini.

"Tengah malam tadi saya sengaja melawat pasar di Chow Kit tanpa pegawai mengiringi saya.

"Harga ayam dan daging lembu/kerbau import dijual mengikut harga yang ditetapkan. Harga ikan dan sayur stabil dan tiada kenaikan yang melampau," katanya.

Salahuddin berkata, hasil pemantauan mendapati harga sayur-sayuran kebanyakannya mengalami penurunan kecuali beberapa jenis sayuran.

"Kebanyakan harga sayur turun kecuali cili kulai, tomato dan kacang buncis yang naik sedikit sekitar RM1 hingga RM3.

"Saya perhatikan kebanyakan peniaga gagal meletakkan tanda harga dan saya nasihatkan mereka mematuhi peraturan supaya jangan sampai diambil tindakan oleh Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2023 @ 11:53 AM