Lotus Eletre
Lotus Eletre
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Lotus Cars Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan prestasi tinggi (SUV-Hyper) elektrik (EV) sepenuhnya yang pertama di dunia iaitu Lotus Eletre ke dalam pasaran tempatan.

Ia ditawarkan menerusi tiga varian iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R pada harga bermula RM578,000, RM648,000 dan RM798,000 dengan dua pilihan rangkaian kuasa kuda (hp) iaitu 603 hp atau 905 hp

Eletre R ialah SUV EV dwi-motor terpantas dunia dengan capaian kelajuan sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh kurang tiga saat serta jarak capaian perjalanan sehingga 490km (WLTP).

Eletre dan Elere S mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 258 km/j dan jarak perjalanan 600 km (WLTP).

Ketiga-tiga varian menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang membolehkan pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit.

Ia juga menerima pengecasan aliran ulang-alik (AC) 22kW sebagai ciri standard.

Ruang dalaman menggunakan tekstil buatan tahan lasak dan gabungan bebenang ringan

serta dilengkapi teknologi Lotus Hyper OS – Eletre iaitu mengetengahkan sistem operasi baharu untuk pemandu dan penumpang.

Ia juga menawarkan teknologi Light Detection and Ranging (Lidar) boleh ubah pertama di dunia yang dipasang pada sebuah kereta pengeluaran

bagi menyokong teknologi pemanduan pintar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2023 @ 11:22 AM