VOLSKWAGEN ID.4
VOLSKWAGEN ID.4
MERCEDES-EQS
MERCEDES-EQS
BMW iX3.
BMW iX3.
PORSCHE Taycan.
PORSCHE Taycan.
Lizam Ridzuan


SEPANJANG 2022, model kenderaan elektrik (EV) banyak yang ditawarkan di negara ini daripada pengeluar kenderaan utama dunia seperti Porsche, BMW dan Mercedes-Benz.

Tidak terkecuali jenama dari Korea Selatan iaitu Kia dan Hyundai serta pengeluar dari Jepun, Nissan menerusi model Leaf.

Jenama lain seperti Mazda juga tidak ketinggalan dengan menawarkan sebuah model dalam barisan kenderaan jualan mereka di negara ini.

Namun pada penghujung tahun lalu, pengeluar kenderaan dari China mula mengorak langkah dengan menawarkan EV pada harga yang lebih kompetitif.

Untuk rekod, lebih 20 model EV yang sudah dilancarkan (tidak termasuk varian) oleh pengimport sah sehingga 2022 di negara ini dan pastinya, untuk 2023, sudah tentu lebih banyak model akan diperkenalkan.

Dipaparkan model EV yang sudah berada dalam pasaran Malaysia (semua harga adalah untuk 2022).

MODEL EV RM300,000 ke atas

1.BMW iX (2 varian)
Harga: RM403,800 - RM546,800
Bateri: 76.6/74.4kWh
Purata Jarak: 390 - 630km

2. BME iX3 (2 varian)
Harga: RM317,360 - RM336,360
Bateri: 73.8 kWh
Purata Jarak: 460km

3. BMW i4 (2 varian)
Harga: RM389,800 - RM430,800
Bateri: 83.9 kWh
Purata Jarak: 590km

4. Porsche Taycan (9 varian)
Harga: RM622,275 hingga RM999,000
Bateri: 79.2 - 93.4 kWh
Purata Jarak: 523km (WLTP)

5. Mercedes-EQB
Harga: RM328,888
Bateri: 66.5 kWh
Purata Jarak: 423km (WLTP)

6. Mercedes-EQC
Harga: RM388,888
Bateri: 80.0 kWh
Purata Jarak: 437km (WLTP)

7. Mercedes-EQE
Harga: RM419,888
Bateri: 90.56 kWh
Purata Jarak: 669km (WLTP)

8. Mercedes-EQS
Harga: RM698,888
Bateri: 107.8kWh
Purata Jarak: 782km (WLTP)

MODEL EV RM300,000 ke bawah

1. KIA EV6
Harga: RM300,668
Bateri: 77.4kWh
Purata Jarak: 506km (WLTP)

2. Mercedes-EQA
Harga: RM296,888
Bateri: 66.5 kWh
Purata Jarak: 429km (WLTP)

3. Hyundai Ioniq 5 (3 varian)
Harga: RM199,888 -RM259,888
Bateri: 58-72.6 kWh
Purata Jarak: 430km (WLTP)

4. Volvo XC40 Recharge
Harga: RM262,460
Bateri: 78 kWh
Purata Jarak: 418km (WLTP)

5. Volvo C40 Recharge
Harga: RM288,888
Bateri: 78 kWh
Purata Jarak: 450km (WLTP)

MODEL EV RM200,000 ke bawah

1. Ora Good Cat (2 varian)
Harga: RM139,800-RM169,800
Bateri: 47.788-63.139 kWh
Purata Jarak: 400-500km (WLTP)

2. BYD Atto 3 (2 varian)
Harga: RM149,800-RM167,800
Bateri: 49.92-60.48 kWh
Purata Jarak: 410-480km (WLTP)

3. Nissan Leaf
Harga: RM175,800
Bateri: 40 kWh
Purata Jarak: 311km (WLTP)

4. Hyundai Kona Electric (3 varian)
Harga: RM156,538 - RM203,348
Bateri: 39.2 - 64 kWh
Purata Jarak: 305 - 484 km (WLTP)

5. Mazda MX-30
Harga: RM198,780-RM208,348
Bateri: 35.5 kWh
Purata Jarak: 199 km (WLTP)

Bakal Dilancarkan pada 2023
1. Toyota BZ4X
2. Volkswagen ID.4
3. smart #1
4. Hyundai Ioniq 6
5. BMW i7

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 6:19 AM