MAJLIS pelancaran Hyundai Ioniq 6 di Setia City Convention centre, Setia Alam. FOTO AMIRUDIN SAHIB
MAJLIS pelancaran Hyundai Ioniq 6 di Setia City Convention centre, Setia Alam. FOTO AMIRUDIN SAHIB
Lizam Ridzuan


Shah Alam: Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) sebagai pengedar utama kenderaan Hyundai di negara ini melancarkan model kenderaan elektrik (EV) Hyundai Ioniq 6 untuk pasaran Malaysia.

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata model itu ditawarkan menerusi dua varian dengan harga RM289,888 untuk Max RWD dan RM319,888 (Max AWD).

"Ia adalah model EV ketiga Hyundai di Malaysia selepas Kona dan Ioniq 5 dan dibangunkan di atas Platform Modular Global Electric (E-GMP) sehingga 800 voltan 'architecture' dan menerima pengecas DC sehingga 350kW yang boleh dicas dalam tempoh 18 minit dari 10 ke 80 peratus," katanya.

Ioniq 6 dikuasakan dengan motor elektrik tunggal dan dwi-motor mengikut varian dengan bateri lithium-ion 77.4kW mampu menjangkau jarak sehjngga 614km (Max RWD) dan 519km (Max AWD) (WLTP).

Untuk AWD ia menjana kuasa sehingga 239kW dan tork 605Nm serta pecutan ke 100km/j dalam tempoh 5.1 saat.

Ioniq 6 juga adalah model pemenang anugerah dengan 2023 World Car Of The Year, 2023 World Electric Vehicle Of The Year dan 2023 World Car Design Of The Year.

Ia juga menggabungkan rekaan moden dan retro gaya 'fastback' serta rekaan kabin yang elegan dengan sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci, sistem keselamatan terbaik dengan penarafan lima bintang Euro NCAP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2023 @ 9:31 PM