SUSPEK yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup daun ketum. FOTO Zuliaty Zulkiffli
SUSPEK yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup daun ketum. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Jitra: Dua lelaki yang ditahan ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung Sungai Kecil, Kuala Nerang semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap dua suspek terbabit dikeluarkan Majistret Nurul Huda Idris di dua lokasi berbeza, hari ini.

Terdahulu, suspek berusia 29 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada 8.45 pagi manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun dikenakan perintah tahanan reman di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana masih menerima rawatan selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Semalam, dua lelaki ditahansatu tan daun ketum bernilai RM38,000 dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2023 @ 3:07 PM