KEMALANGAN van persiaran yang mengakibatkan tujuh penumpang maut. FOTO Ihsan Bomba
KEMALANGAN van persiaran yang mengakibatkan tujuh penumpang maut. FOTO Ihsan Bomba
Asrol Awang


Kuantan: Polis mengeluarkan senarai terbaharu tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan van persiaran dinaiki kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands-Kuala Lumpur, Bentong, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, senarai baharu itu dikeluarkan selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong membuat pengesahan apabila semua keluarga mangsa hadir ke hospital.

Beliau berkata, selepas pengesahan dilakukan, pihaknya mendapati seorang daripada mangsa yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia iaitu Goh Siew Kim, 61, masih hidup dan kini menerima rawatan di hospital.

Katanya, semakan mendapati seorang lagi mangsa yang terbunuh dalam nahas itu sebenarnya ialah Wong Ah Moi @ Wong Seh Moi, 83.

"Mangsa iaitu Seh Moi yang meninggal dunia, (ketika kejadian) memegang kad pengenalan Siew Kim.

"Oleh yang demikian, Siew Kim masih (hidup dan) menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain Seh Moi, senarai baharu itu yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah Wong Choun Chiet, 49, Foong Ah Lan, 67, Lee Moy 67, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72, dan Chang Them Kong, 70.

Harian Metro semalam melaporkan van persiaran terbabit dipercayai terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan mengakibatkan tujuh daripada penumpang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 4:18 PM