KEADAAN Proton Wira selepas kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
KEADAAN Proton Wira selepas kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Warga emas berusia 79 tahun maut manakala anak serta anak saudaranya cedera selepas Proton Wira dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 17, Jalan Bahau-Keratong, 1.45 tengah hari, hari ini.

Tam Looi Moi @ Tan Lai Moi, 79, yang juga pemandu Proton Wira maut di lokasi manakala anak, Tam Jit Hong, 16, serta anak saudara, Wong Kuan Lin, 52, cedera. Kedua-duanya dirawat di Hospital Jempol.

Pemandu Toyota Hilux, Abdul Razak Harun, 58, selamat.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Wira itu masuk ke simpang kanan untuk ke Kampung Gaddes C-2.

“Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit. Mangsa maut di lokasi.

“Bedah siasat akan dijalankan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 4:53 PM