GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di Sabah dilaporkan menurun semula kepada 738 mangsa petang ini berbanding 1,532 orang pagi tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, penurunan itu berikutan penurunan mangsa di daerah Pitas yang hanya tinggal 184 orang setakat jam 4 petang ini, berbanding 1,152 mangsa pagi tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Telupid dilaporkan meningkat petang ini kepada 400 mangsa berbanding 226 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah kecil Paitan dan Lahad Ladu, masing-masing dilaporkan kekal 111 orang dan 43 orang mangsa.

Secara keseluruhan sebanyak 13 PPS dibuka di empat daerah terbabit dengan lapan daripadanya di daerah Telupid, tiga di Paitan dan masing-masing satu di Pitas dan Lahad Datu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 6:38 PM