Mahisan (kiri) dan Mohamad Faiz dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian yang berlaku di daerah ini. FOTO IHSAN POLIS
Mahisan (kiri) dan Mohamad Faiz dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian yang berlaku di daerah ini. FOTO IHSAN POLIS
Hidayatidayu Razali


Pasir Puteh: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian yang berlaku di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mereka ialah Mahisan Mat Jusoh, 50, dan Mohamad Faiz Mohd Kamal, 31, masing-masing dari Kampung Padang Pak Omar, Selising serta Kampung Danan, Bukit Jawa, di sini.

"Dua lelaki berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan kes kecurian yang berlaku di daerah ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Thinakaran Sundra Raju di talian 019-2552837 atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 5:05 PM