Kemalangan maut pada raya kedua yang membabitkan kematian penunggang motosikal berusia 23 tahun di hadapan kedai bahulu, Kampung Danan, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, petang semalam. FOTO Ihsan Polis IPD Pasir Puteh.
Kemalangan maut pada raya kedua yang membabitkan kematian penunggang motosikal berusia 23 tahun di hadapan kedai bahulu, Kampung Danan, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, petang semalam. FOTO Ihsan Polis IPD Pasir Puteh.
Nor Amalina Alias


Pasir Puteh: Penunggang motosikal maut tercampak dan digilis kereta dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, dekat kedai bahulu Kampung Danan semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.00 petang itu, mangsa berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kerana parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa dipercayai dari Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, satu kenderaan tidak dikenal pasti dari arah sama, membelok keluar ke kanan jalan selepas terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

"Mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh sisi kanan kenderaan itu yang menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan dan digilis kereta yang menghala ke Pasir Puteh, " katanya dalam kenyataan.

Zaizul berkata, pemandu kereta berusia 32 tahun dan penumpang tidak cedera.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan beliau meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkannya ke mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Henry Dass di talian 016-5072413.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 9:52 AM