ANGGOTA Bomba menemui mayat mangsa di Tasik Cermin. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba menemui mayat mangsa di Tasik Cermin. FOTO ihsan Bomba
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Mayat Muhammad Khairil Hamizan Mustapa yang dipercayai lemas selepas mandi bersama enam rakan lain di Tasik Cermin, Setia Alam di sini, sudah ditemukan.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa ditemui 4.57 meter dari tebing berhampiran lokasi mereka berenang.

"Anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemui mayat mangsa dan tiada sebarang kecederaaan pada mangsa.

"Bomba mengambil masa kira-kira satu jam lebih untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang ditemui pada 2.14 petang tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, kehilangan Muhammad Khairil Hamizan disedari rakannya ketika mereka sedang mandi di tasik itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 4:03 PM