FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Lelaki dipercayai mabuk ditemukan lemas selepas terjun di kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10 pagi dan tujuh pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat pihak polis, terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun dalam keadaan mabuk terjun ke kolam takungan air berkenaan.

"Anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat mangsa di kolam takungan terbabit pada 1.33 tengah hari semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 3:29 PM