IBU Pejabat SPRM. FOTO NSTP.
IBU Pejabat SPRM. FOTO NSTP.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ketua pegawai operasi (COO) syarikat pembinaan dan perunding pembinaan warga United Kingdom (UK) ditahan reman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan projek bangunan 41 tingkat bernilai RM389 juta di ibu negara.

Perintah tahan reman sehingga 16 Januari itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua individu itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka disyaki bersubahat dalam membantu syarikat pembinaan itu mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2023 @ 2:19 PM