PASUKAN bomba menemui mangsa di dalam air di kawasan Laman Tiga Budaya, Asahan, Jasin. Foto- JBPM Melaka.
PASUKAN bomba menemui mangsa di dalam air di kawasan Laman Tiga Budaya, Asahan, Jasin. Foto- JBPM Melaka.
Meor Riduwan Meor Ahmad


Jasin: Remaja lelaki ditemukan mati di air terjun Laman Tiga Budaya, Asahan di sini, jam 1.29 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Rafid Azahari, 19, yang beralamat di Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar, Johor, ditemukan di dalam air oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih dua jam di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jasin, Seleman Tugi berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa pada 10.23 malam yang memaklumkan rakannya hilang di kawasan hutan air terjun berkenaan.

"Operasi SAR dilakukan dalam jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum mayat mangsa ditemukan di dalam air," katanya dihubungi di sini.

Seleman berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tangkak bagi proses bedah siasat, dan operasi tamat sepenuhnya jam 2.36 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2023 @ 8:59 AM