TERTUDUH didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya. FOTO NSTP
TERTUDUH didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya. FOTO NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang peniaga kedai runcit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya.

Tertuduh berusia 52 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 13 tahun empat bulan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini, 12.30 malam pada Ogos 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 3:55 PM