Norzamira Che Noh


Shah Alam: Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu Covid-19 adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini KKM belum mengeluarkan sebarang surat pekeliling kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk berbuat demikian.

"Itu (penularan varian baharu Covid-19) juga adalah kebimbangan kita ketika ini.

"KPM akan menurut sahaja nasihat KKM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa demi keselamatan anak murid kita," katanya ringkas ketika diminta mengulas berhubung SOP pencegahan Covid-19 di sekolah susulan penemuan dua varian baharu dari China iaitu BA.5.2 dan BF.7 di negara ini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun pada hari pertama persekolahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2023 @ 10:28 AM