GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhamad Lokman Khairi


Teluk Intan: Jumlah mangsa terjejas banjir di Perak meningkat jam 8 pagi ini apabila seramai 134 individu daripada 31 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di daerah Hilir Perak.

Bilangan itu bertambah berbanding jam 6 petang semalam apabila merekodkan sejumlah 117 mangsa daripada 26 keluarga yang berasal dari Lorong Mesra, Kampung Batu 7.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, pertambahan seramai 17 mangsa pagi ini adalah berikutan kenaikan air banjir di Lorong Sidang Osman dan Lorong Kedah di Kampung Batu 8; dan Kampung Batu 9.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 11:18 AM