Yun Mikail


Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom di sini, sebentar tadi bagi menghadiri sambungan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan dirinya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan bangunan mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan menaiki pacuan empat roda berwarna hitam dan ditemani peguam.

Terdahulu, Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Menerusi pertuduhan berkenaan, Ebit didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 10:25 AM