Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global pertama J&T Express. - FOTO J&T Express
Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global pertama J&T Express. - FOTO J&T Express
Muhamad Shaifullah Tayep

PENYEDIA perkhidmatan logistik global, J&T Express mengumumkan bintang bola sepak dan ikon sukan global Lionel Messi sebagai duta jenama global pertamanya.

Terkenal atas usaha beliau yang tidak henti-henti dalam mengejar kecemerlangan dan ketahanan, pemenang Ballon d'Or (Bola Emas) tujuh kali itu memahami komitmen yang berterusan terhadap penambahbaikan yang menjadi teras J&T Express.

Beliau dipilih gara-gara kepercayaannya dengan prinsip menyumbang kembali kepada masyarakat seperti yang dibuktikan oleh sumbangan penyerang ini sebagai penjaring terbanyak, sama seperti J&T Express yang komited untuk terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Prestasi beliau baik di padang mahupun luar padang, selari dengan usaha J&T Express untuk membawa penyelesaian dengan bantuan teknologi terbaik kepada pelanggan dalam semua pasaran globalnya melalui kolaborasi dengan rakan-rakan jaringan tempatan.

Pengarah Penjenamaan Global J&T Express Rachel Liu berkata, pihaknya berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan seorang atlet generasional yang mana etika, nilai kemanusiaan dan dedikasi beliau selari dengan nilai-nilai yang diterapkan di J&T Express.

"Melalui kegigihan dan pencapaian beliau, Messi menjadi sumber inspirasi buat ramai orang.

"Hal ini benar-benar selari dengan nilai-nilai kami untuk membina sebuah perniagaan yang prihatin, bertanggungjawab dan mampan," katanya.

Dengan itu, Messi akan mempromosikan kesedaran yang lebih tinggi terhadap J&T Express, bukan sahaja sebagai penyedia logistik unggul tetapi pakar e-dagang sehenti merentas setiap titik sentuh dalam rantaian bekalan serta jaguh sejati dan pengamal semangat 'bersama lebih baik'.

Selaras dengan penambahan Messi ke J&T Express, beberapa kempen media sosial dan pemasaran di bawah tema #JTBetterTogether akan dilancarkan, selain pengaktifan lain yang dirancang oleh penyedia perkhidmatan logistik ini bersempena musim perayaan dan tahun baharu yang akan datang.

Sementara itu, Messi menerusi satu kenyataan berkata, J&T Express sudah melakar pencapaian yang luar biasa sejak pelancarannya dan berkongsi banyak persamaan dari segi minat dan tekad agar tidak pernah berhenti menambah baik.

"Sama seperti sukan bola sepak yang menyatukan berjuta-juta orang di serata dunia, J&T Express berusaha untuk membangunkan penyelesaian logistik bagi menghubungkan pelanggannya kepada dunia.

"Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 12:15 PM