Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan susulan hampir 100 penyokong Pakatan Harapan (PH) berkumpul di hadapan Pintu 2 Istana Negara, di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kumpulan berkenaan mula berhimpun dan melaungkan reformasi di hadapan Pintu 2 Istana Negara, 3.30 petang tadi.

PERKARANGAN pintu 2 Istana Negara menanti ketibaan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukan calon Perdana Menteri kepada Al-Sultan Abdullah. FOTO Aizuddin Saad
PERKARANGAN pintu 2 Istana Negara menanti ketibaan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukan calon Perdana Menteri kepada Al-Sultan Abdullah. FOTO Aizuddin Saad

Sebelum ini, media melaporkan ketua gabungan Pakatan Harapan dan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, 4.30 petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapatkan kepercayaan majoriti mudah.

PENYOKONG Anwar di luar perkarangan pintu 2 Istana Negara. FOTO Hazreen Mohamad
PENYOKONG Anwar di luar perkarangan pintu 2 Istana Negara. FOTO Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 4:46 PM