Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Puluhan pengamal media mula berkumpul di perkarangan pintu dua Istana Negara, pagi ini.

Setakat jam 9 pagi, tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tumpuan terarah di Istana Negara, apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10.

PENGAMAL media mula berkumpul sejak jam 9 pagi tadi pintu 2, Istana Negara, di sini, hari ini.
PENGAMAL media mula berkumpul sejak jam 9 pagi tadi pintu 2, Istana Negara, di sini, hari ini.

Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi baginda mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu berakhir dengan Parlimen tergantung selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun ia dijangka berakhir hari ini apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta gabungan parti politik mengemukakan nama sebelum jam 2 petang ini.

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang melepasi ke pintu 2 Istana Negara bagi mengawal keselamatan berikutan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukakan nama calon PM. FOTO AIZUDDIN SAAD
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang melepasi ke pintu 2 Istana Negara bagi mengawal keselamatan berikutan pemimpin tertinggi parti untuk mengemukakan nama calon PM. FOTO AIZUDDIN SAAD

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 9:46 AM