TUAN Ibrahim Tuan Man. FOTO Arkib NSTP
TUAN Ibrahim Tuan Man. FOTO Arkib NSTP
RoselanAb Malek


Lipis: Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan beliau pernah meluluskan projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

Katanya, tiada sebarang kelulusan projek dibuat di bawah kerajaan sementara di kementeriannya.

"Mana boleh lulus peruntukkan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara. Saya nak tegaskan saya tidak pernah luluskan projek dalam tempuh kerajaan sementara.

"Kalau ada bukti buatlah laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jangan buat fitnah macam itu, "katanya pada Ceramah Umum Perikatan Nasional Lipis di Taman Cahaya malam tadi.

Turut hadir calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Sharom Osman.

Katanya, beliau akan memastikan semua projek yang diluluskan kementerian mengikut semua prosedur kewangan.

"Saya tegaskan saya tidak pernah campur tangan dalam sebarang pemberian tender.

Jawatankuasa tender yang urus.

"Saya tidak pernah tanya pun Ketua Setiausaha. Ikut prosedur ikut peraturan, siapa yang layak siapa yang dapat, teruskan.

Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 billion.

Rafizi mendakwa Kasa dalam proses untuk menganugerahkan projek secara runding terus kepada kontraktor yang dilantik.

Katanya tindakan itu sama sekali melanggar undang-undang kerana tiada sebarang keputusan aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara.

Beliau mendakwa mendapat maklumat projek itu dalam proses untuk diluluskan dalam tempoh dua minggu ini.

Tuan Ibrahim berkata, beliau akan meminta peguamnya melihat dari aspek undang undang mengenai dakwaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2022 @ 12:48 AM