FERI yang membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut di tebing lumpur. FOTO Ihsan BOMBA
FERI yang membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut di tebing lumpur. FOTO Ihsan BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Sebuah feri yang membawa 547 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah tersangkut di tebing lumpur akibat air laut surut di perairan jeti Kuala Kedah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba

I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada jam 4.55 petang.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Raja dihantar ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

"Sebaik tiba pihak Komander Operasi dimaklumkan feri penumpang Kuala Kedah ke Langkawi tersadai tersangkut di beting lumpur.

"Seramai 547 penumpang serta krew dilaporkan berada di dalam feri dan kerja pemindahan sedang dilakukan ketika ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tindakan pasukan penyelamat termasuk Bomba, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia dan nelayan tempatan sedang memantau dan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 6:50 PM