Nor Fazlina Abdul Rahim dan Syaherah Mustafa


Kota Bharu: Dua calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan menggunakan logo PAS pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berikutan keputusan Kelantan menggunakan logo PAS.

"Saya nak minta semua keluar mengundi beramai-ramai. Kalau di Kelantan, pangkah PAS. Kami dalam mesyuarat baru-baru Kelantan pakai simbol PAS tidak mengapa, janji menang.

"Yang calon BERSATU iaitu Tok Pa dan Ikmal Hisham pun pakai logo PAS, pakat pangkah dia. Isu logo tidak menjadi masalah asalkan kami menang," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan di Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di perkarangan Stadium Sultan Muhammad V, di sini, malam tadi.

MUSTAPA Mohamed (kiri) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (kanan). FOTO arkib NSTP
MUSTAPA Mohamed (kiri) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (kanan). FOTO arkib NSTP

Turut hadir, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan, PAS mengumumkan akan menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

ABDUL Hadi (depan, empat kiri) diringi Muhyiddin (depan, tiga kiri) di Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ABDUL Hadi (depan, empat kiri) diringi Muhyiddin (depan, tiga kiri) di Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 3:04 PM