Muhaamad Hafis Nawawi

Subang: Sebanyak 15,000 kotak bekalan makanan akan diagihkan kepada keluarga veteran dan balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM adalah kesinambungan daripada Program Mindef Prihatin bertujuan membantu meringankan beban warga Pertahanan termasuk veteran ATM dan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, hari ini, pihaknya menerima sumbangan 15,000 kota bekalan makanan daripada pengasas The Mines Resort and Country Height Holdings, Tan Sri Lee Kim Yew menerusi program Bantu-Bantu Malaysia.

IKMAL Hisham (tiga kiri) menerima kotak sumbangan daripada Lee (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan Sempena Inisiatif Gerobok Rezeki ATM di Pangkalan Udara TUDM, Subang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.

"Sumbangan ini adalah fasa kedua setelah pelaksanaan fasa pertama sebelum ini membabitkan 10,000 kotak yang diserahkan pada 27 Ogos lalu.

"Daripada 15,000 kotak makanan yang diterima hari ini, sebanyak 5,000 kotak akan diagihkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)ke Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 15,000 kotak makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini, hari ini.

PROSES pemunggahan bekalan makanan ke dalam pesawat pengangkut A400M. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PROSES pemunggahan bekalan makanan ke dalam pesawat pengangkut A400M. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 3:21 PM