Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Pas akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 19 November depan sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara berkenaan adalah bidang kuasa SPR.

"SPR boleh menetapkan tarikh pilihan raya tidak kurang daripada empat hari selepas writ pilihan raya digazetkan. Pas sebagai parti politik akur mengenai pengumuman itu.

"Jika berlaku banjir besar pada hari pilihan raya, hanya satu perkara yang boleh menghalang pilihan raya itu terus diadakan iaitu pengisytiharan darurat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kelantan Go Digital di sini, hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan hari penamaan calon PRU-15 adalah pada 5 November, pengundian awal 15 November dan hari mengundi adalah pada 19 November depan.

TAKIYUDDIN (dua kiri) diiringi Timbalan CEO PKINK, Nasriff Daud (dua kiri) melancarkan Kelantan Go Digital. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
TAKIYUDDIN (dua kiri) diiringi Timbalan CEO PKINK, Nasriff Daud (dua kiri) melancarkan Kelantan Go Digital. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 5:23 PM