DATUK Seri Norazlan Mohd Razali (enam dari kiri) bergambar bersama Johan Pertandingan Debat (sebelah kiri) dan Naib Johan Pertandingan Debat (sebelah kanan) di USIM, Nilai hari ini. Foto Ihsan SPRM.
DATUK Seri Norazlan Mohd Razali (enam dari kiri) bergambar bersama Johan Pertandingan Debat (sebelah kiri) dan Naib Johan Pertandingan Debat (sebelah kanan) di USIM, Nilai hari ini. Foto Ihsan SPRM.
Ahmad Hasbi


Nilai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka bilik gerakan di setiap negeri bagi memberikan kemudahan kepada orang untuk menyalurkan salah laku ketika pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Bilik gerakan berkenaan dibuka serta-merta sejurus pembubaran Parlimem diumumkan Perdana Menteri, Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, amalan berkenaan sudah dilakukan pada PRU sebelum ini dan akan diselaraskan di Ibu Pejabat SPRM.

"Berikutan dengan pembubaran Parlimen, seperti mana yang kami laksanakan tahun terdahulu, kami akan menyediakan bilik gerakan pada PRU-15 dan semua akan diselaraskan di bilik gerakan utama di Ibu Pejabat, ia bermula sekarang.

"Jadi, kalau ada apa-apa isu berkaitan rasuah sepanjang PRU15 ini, kami akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika sidang media, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Antirasuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), di sini.

Mengulas mengenai pertandingan debat, Norazlan dalam ucapannya berkata, pembabitan mahasiswa dalam acara itu sudah tentu holongan itu lebih arif dan memahami isu berkaitan rasuah serta usaha yang dilaksanakan.

"Sebahagian daripada usul yang diberikan kepada pendebat sebenarnya antara cadangan yang

dikemukakan kepada kerajaan dan SPRM ke arah penambahbaikan usaha pencegahan rasuah di dalam negara ini.

"Sebahagian usul lagi adalah isu semasa berkaitan rasuah yang seringkali diperdebatkan dalam kalangan warga maya berasaskan sumber yang tidak tepat dan akhirnya disalah erti seterusnya mewujudkan persepsi negatif terhadap SPRM dan kerajaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2022 @ 5:15 PM