LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang Jaya: Pasangan suami isteri yang ditahan selepas dipercayai mendera dua anak saudara mereka yang diselamatkan dari sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, pada 16 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Ampang, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 33 dan 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 9 pagi.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang pada 16 September lalu selepas disyaki mendera dua beradik berkenaan.

Suspek wanita adalah adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium di tingkat empat.

Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa selepas memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 5:11 PM