RAKAMAN video yang tular. FOTO tular
RAKAMAN video yang tular. FOTO tular
Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang Jaya: Reman terhadap wanita warga Singapura yang juga pengurus sebuah pusat intervesi kanak-kanak di daerah ini yang dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan suspek berusia 51 tahun itu akan direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menahan seorang wanita warga Singapura yang juga pengurus sebuah pusat intervesi kanak-kanak di daerah ini selepas dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme.

Mohamad Farouk dipetik berkata, wanita terbabit berusia 51 tahun ditahan Sabtu lalu selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat bapa mangsa, Jumaat lalu.

Terdahulu, bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi itu.

Hantaran dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 1:44 PM