GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Tiada sebarang notis pemakluman diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penganjuran Himpunan Tolak PRU (Pilihan Raya Umum) Awal yang dirancang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak menyertai himpunan berkenaan.

"Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang notis pemakluman berhubung himpunan itu. Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menyertai himpunan itu, Sabtu ini.

"Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Muda dilaporkan merancang untuk berhimpun di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 24 September ini.

Difahamkan, himpunan itu bagi membantah desakan PRU ke-15 diawalkan pada musim tengkujuh yang diramalkan pada November ini kerana dilihat akan menyusahkan pengundi dan rakyat ketika berdepan musibah banjir kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 4:57 PM