Suzalina Halid

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya 'chemistry' antara beliau dan Perdana Menteri adalah kental untuk bekerjasama dalam parti, sekali gus bertempur bersama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Ramai tengok bahasa tubuh antara saya dan beliau malah seluruh negara perhatikan...kita tak ada masalah peribadi asalkan PRU-15 dibuat tahun ini.

"Chemistry saya dan beliau adalah kental, kita harus membina kekuatan," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa, di sini.

ISMAIL Sabri menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77. FOTO Bernama

Lebih 10,000 pemuda BN membanjiri stadium itu dengan melaungkan perkataan 'Bubar' ketika Perdana Menteri dan Ahmad Zahid berucap.

Sebelum ini, timbul dakwaan terdapat dua kem dalam Umno di mana satu daripada kem itu dikatakan menyokong Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem menyokong kepemimpinan Perdana Menteri.

Namun Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan menafikan dakwaan wujud dua kem dalam kepemimpinan parti berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2022 @ 10:55 PM