GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Melvin Joni


Kuching: Tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Permyjaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, penahanan kesemua suspek dibuat sejurus pihaknya menerima laporan awam mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira 4.30 petang.

Menurutnya, terdahulu sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke tempat kejadian sebelum menemukan mayat mangsa terbaring dengan hanya memakai seluar pendek.

"Punca kematian belum dapat dikenal pasti dan mayat dibawa ke Hospital Umum Miri untuk bedah siasat.

"Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi kerana akan mengganggu siasatan dan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Noor Asri Ibrahim di talian 085-427093 untuk menyalurkan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2022 @ 2:46 PM