Kunjungi Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. - FOTO Acer
Kunjungi Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. - FOTO Acer
Muhamad Shaifullah Tayep

SUBANG JAYA: Syarikat teknologi, komunikasi dan maklumat terkemuka dunia, Acer meraikan Acer Day 2022 di 16 kawasan Rantau Asia Pasifik yang menampilkan persembahan, promosi jualan, ganjaran dan aktiviti menarik.

Sambutan tahunan yang diperkenalkan sejak 2017 itu membawa tema 'Make Your Green Mark' yang menumpukan usaha Acer untuk alam sekitar dengan menyalakan semula komitmen untuk amalan kelestarian.

Ia juga diadakan bertujuan sebagai peringatan untuk usaha kolektif yang diperlukan untuk tanda hijau (green mark).

Presiden Acer Asia Pasifik Andrew Hou berkata, kempen Acer Day 2022 membantu meningkatkan imej dan jenama syarikat dalam kalangan pengguna sebagai jenama yang 'segar dan penuh stail', pada masa sama mempromosikan advokasi, pelanggan dan rakan kongsi.

"Tahun ini, dengan fokus terhadap kehidupan lestari dan promosi siri Vero yang mesra alam, Acer berharap dapat mengumpul lebih banyak sokongan dalam usaha memulih alam sekitar dan mengingatkan semua pihak tentang tanggungjawab mereka memelihara dan menjaga planet," katanya.

Usaha lestari alam

Bagi Acer Day 2022 di Malaysia, syarikat itu menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha kelestarian dan 'Make Your Green Mark' dengan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.

Acer menggalakkan rakyat Malaysia membawa sekurang-kurangnya lima botol plastik PET yang bersih dan kosong ke Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil, kedai konsep Acer di Lembah Klang bagi menerima ganjaran kredit e-dompet Touch 'n Go sebanyak RM5.

Botol plastik yang dikumpul sepanjang inisiatif berkenaan yang berlangsung sehingga 7 Ogos ini akan dihantar ke pusat kitar semula selepas tamat acara.

Acer turut mahu membantu rakyat Malaysia memulakan tabiat lestari menerusi cabaran 21 hari yang membawa peserta menempuh pelbagai aktiviti yang membantu mereka mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.

Peserta yang menamatkan cabaran berpeluang memenangi sebuah komputer riba Aspire Vero.

Tahun ini, Acer Malaysia bekerjasama dengan APE Malaysia untuk menanam pokok bagi setiap pembelian peralatan Acer terpilih bermula 3 Ogos sehingga 30 September ini.

Pelanggan yang layak hanya perlu mendaftar menerusi a-redemption.com bagi membolehkan mereka mendapat e-sijil pokok yang ditanam.

Pokok akan ditanam di Lower Kinabatangan, Sabah bagi membantu hidupan liar, termasuk orang utan Borneo dan gajah pigmi Borneo.

Jualan hebat

Sebagai sebahagian daripada sambutan tahun ini, Acer Malaysia juga mengadakan jerayawara Acer Day 'Make Your Green Mark' di Pavilion Bukit Jalil selama lima hari bermula 3 Ogos 2022. 

Ia menampilkan beberapa siri promosi termasuk program tukar-beli untuk komputer riba, tablet, desktop dan komputer AIO, sama ada berfungsi atau tidak, termasuk rebat tunai RM500 untuk sebuah Aspire Vero.

Bagi menambah keterujaan, Acer bakal menganjurkan jualan kilat pada 7 Ogos ini ketika jerayawara Acer Day 2022.

Dengan diskaun antara 15 hingga ke 90 peratus bagi barangan terpilih, dapatkan Aspire 3, Predator Gaming Chair dan acerpure cool C1 masing-masing pada harga lebih murah iaitu RM999, RM499 dan RM399.

Selain daripada promosi jualan kilat, 100 pelanggan pertama jualan kilat berpeluang membawa pulang beberapa produk terpilih dengan harga istimewa seperti diskaun sehingga 90 peratus atau RM3,400 untuk Acer Nitro 5, atau Acerpure Cozy air circulator pada hanya RM19.90.

Kesemua 100 pelanggan berkenaan boleh mendapatkan beberapa produk terpilih untuk tawaran Pembelian-dengan-Pembelian ketika jualan kilat seperti Acer Nitro 5, Acer Aspire 3 dan Acer Aspire C22 masing-masing pada harga istimewa iaitu RM399, RM199 dan RM599.

Papar video manifesto

Acer Day 2022 turut memaparkan video manifesto yang menampilkan 18 personaliti dari tujuh rantau yang disiarkan sejak 3 Ogos lalu di YouTube Acer.

Saksikan penampilan hos program radio sarapan pagi berbahasa Cina di Malaysia, Mei Yan, yang kini aktif berkempen meningkatkan kesedaran dan menjadi model terbaik untuk anak-anaknya; Pankti Pandey dari India, penasihat sifar-pembaziran dan pembicara TEDx; ahli muzik Indonesia, Muhammad Pradana Budiarto, dan Ayudia C, penaung alam sekitar yang mahu menginspirasikan usahawan dan memulakan gaya hidup lebih hijau dengan tanda pagar #SayangBumi.

Turut membuat penampilan dalam video berkenaan ialah Duong Thu Thao dari Vietnam, seorang anak muda dan pencinta alam yang mengikuti gaya hidup hijau dengan mengamalkan amalan lestari setiap hari; Phakin Khamwilaisak dari Thailand, ahli muzik dan pelakon yang baru-baru ini melancarkan projek alam sekitar, 'Keb Ruk', Atom Boyz-Earthdari Taiwan, antara kumpulan paling popular dalam kalangan anak muda; duta-duta Acer Day Filipina termasuk Bintang Pop Sarah Geronimo, ratu Esports Alodia Gosiengfiao dan kumpulan sensasi P-pop, SB19. 

Semua personaliti Acer Day merupakan penasihat pemeliharaan alam sekitar yang berterusan mendatangkan impak positif kepada belia di seluruh dunia, dengan cara mereka sendiri. 

Manifesto kempen 'Make Your Green Mark' ialah: Seruan untuk mendapatkan udara yang lebih bersih, perairan yang lebih jernih dan masa depan yang mampan.

Dalam video itu, personaliti Acer Day berkongsi semangat mereka untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan peminat dan pengikut mereka untuk menghasilkan tanda hijau mereka di planet ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Acer Day 2022, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian infoline Acer di 1800-88-1288 (9 pagi-6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 3:48 PM