Muhammad Najmir Razaman

JENAMA peranti terkemuka, vivo, terus memberikan yang terbaik buat penggemar peranti pintar jenama itu.

Terbaharu, vivo melancarkan siri peranti pintar serba canggih keluaran mereka iaitu V27 yang diyakini mampu memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar terbaik buat pengguna.

Dengan menggabungkan pelbagai aspek dari segi pengalaman fotografi, reka bentuk dan prestasi yang diperbaharui, ia membuktikan vivo terus komited dalam memberikan hanya yang terbaik buat pengguna mereka.

Ciri kamera serba baharu

vivo V27 menjadi model pertama dari vivo yang didatangkan dengan sistem Potret Cahaya Aura yang mana ciri ini memberikan pencahayaan yang lebih seimbang apabila mengambil gambar menggunakan Cahaya Aura'.

Ciri Potret Cahaya Aura yang dipasang pada V27 ini juga membuatkan peranti ini berbeza dengan peranti pintar jenama lain apabila ciri tersebut membuatkan gambar yang diambil lebih jelas, tajam dan lebih cerah walau berada di dalam keadaan yang gelap di waktu malam.

Mod potrait pada peranti ini juga diyakini dapat memberikan kualiti setanding gambar dari studio apabila didayakan bersama sistem Potret Cahaya Aura. 

Sistem Potret Cahaya Aura mampu menghasilkan potret malam semula jadi melalui kamera utama dengan penderia-ultra di belakang yang memberikan kesan pencahayaan lembut setanding cahaya studio dan keupayaan mempertingkatkan potret. 

Uniknya kali ini, selain didatangkan dengan ciri 'Face Beauty' dan kesan bokeh, vivo turut menampilkan kanta sensor IMX766V yang sebelum ini hanya terdapat pada peranti model perdana. 

Kanta ini mampu menghasilkan imej malam yang lebih natural dan mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) yang membolehkan imej yang lebih stabil walau pada waktu malam.

Penghasilan video gaya profesional

Selain memberikan gambar yang jelas, vivo V27 juga dapat menghasilkan video bercahaya rendah yang lebih jelas kerana peranti ini menggabungkan dua fungsi terpenting video bagi memberikan hasil yang lebih baik iaitu Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS+EIS).

Video Malam Super mengurangkan kesan kabur dalam rakaman waktu malam dan menjadikan video kelihatan lebih terang, manakala Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS)  pula membuat pengiraan dan menstabilkan pergerakan sehingga 10,000 kali sesaat, memberikan pengguna rakaman yang lebih lancar, stabil dan jelas setanding profesional.

Ciri Vlog Movie Creator pula membolehkan pengguna menyunting video dengan lebih cekap dengan luncur masa terbina di dalam yang membolehkan pengguna memotong dan memadam segmen video tidak diingini dengan mudah. 

Vlog Movie turut dilengkapi dengan pengoptimum potret yang berupaya meningkatkan tekstur kulit, tahap fokus, pencahayaan dan penstabilan bagi memastikan subjek dalam video kelihatan jelas dan lebih realistik.

Reka bentuk kemas dan elegan

Untuk pertama kalinya, vivo memperkenalkan skrin melengkung tiga dimensi (3D) paling nipis dalam sejarah vivo pada siri V27 ini.

Skrin melengkung 3D ini membawa pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dan menarik dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan dan kontras ultra tinggi.

Ia memberikan butiran yang lebih jelas pada setiap paparan dan membawa anda ke dunia visual mengasyikkan seperti pawagam.

Warna telefon pintar baharu yang lebih memukau dan menarik ini juga sememangnya akan memberikan pengalaman visual berbeza buat penggunanya kerana dicipta menggunakan Kaca Zamrud dan Kaca AG Fluorit. 

Didatangkan dalam tiga pilihan warna dinamik iaitu Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black, setiap warna mempunyai aliran reka bentuk menawan yang memberikan rupa dinamik, artistik, ringkas dan elegan.

Sebagai nilai tambah, edisi Emerald Green menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna di bawah cahaya UV.

Ia menggabungkan 14 lapisan salutan gred-nano bagi meningkatkan kelicinan dan kejernihan kaca menjadikan Emerald Green tampak segar menerusi warna dinamiknya.

Edisi Noble Black pula menggunakan Kaca AG Fluorit dengan tekstur kilauan timbul pada permukaan yang menyerupai bintang pada waktu malam, manakala edisi Flowing Gold menampilkan teknologi Gradien Warna Titik Cahaya 3D bagi mencipta corak seumpama air yang memberikan peranti kesan visual 3D pada permukaan 2D.

Prestasi yang dipertingkat

vivo sekali lagi menjadi jenama peranti pintar pertama dalam industri yang menawarkan MediaTek D7200 sebagai pemproses utama peranti ini selain turut dilengkapi cipset 4nm yang kebiasaannya terdapat pada peranti perdana sahaja.

Ia memberikan kelajuan pemprosesan yang lebih pantas dan peningkatan prestasi yang ketara berbanding generasi sebelumnya sambil menggunakan tenaga yang sangat rendah.

Bateri yang terdapat pada siri V27 ini juga menjadi antara nilai tambah yang diketengahkan vivo.

Dengan sokongan sistem penyejukan termaju, peranti ini boleh dicas hingga 50 peratus dalam masa 19 minit sahaja apabila skrin dimatikan, 70 peratus dalam 30 minit dan 100 peratus di bawah satu jam.

Teknologi pengecasan pantas dwi-enjin yang dibangunkan vivo ini membolehkan kuasa pengecasan 66W dan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5 peratus.

Hadir dengan dua pilihan storan, vivo V27 12+256GB akan dijual pada harga bermula RM1999 manakala vivo V27 8+256GB akan mula dijual pada harga RM1799 seunit.

Dapatkan siri V27 di kedai rasmi vivo dan berpeluang memiliki hadiah percuma bernilai sehingga RM957 berupa waranti lanjutan berserta perlindungan skrin selama satu tahun, pelindung skrin tambahan dan baucar promosi bernilai sehingga RM636 semasa jualan pertama berlangsung  bermula 1 April hingga 1 Mei 2023.

Anda juga berpeluang memiliki hadiah bernilai sehingga RM321 berupa speaker Bluetooth, Fon Telinga TWS dan  Powerbank 10000mAh apabila membeli vivo V27 12+256 GB.

Bermula 1 hingga 9 April, mereka yang berstatus pelajar dan guru layak menerima diskaun bernilai RM50 bagi setiap pembelian vivo V27.

Kunjungi kedai rasmi vivo atau lawati E store, Lazada dan Shopee vivo Malaysia bagi membuat pesanan vivo V27.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 4:20 PM