GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol : Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini, hari ini, membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap tiga individu membabitkan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti.

Reman terhadap tiga individu yang berusia lingkungan 20-an dan 40-an yang dipercayai bapa dan ibu saudara kepada kanak-kanak itu bermula hari ini sehingga 6 Ogos depan.

Kesemua mereka direman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak - Kanak 2001.

Kelmarin media melaporkan seorang kanak - kanak mengalami kecederaan pada keseluruhan badannya antaranya kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan apabila disyaki didera oleh bapa dan ibu saudara sejak Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 7:04 PM