Eco Tropics dipenuhi pemandangan hijau bagi memberi ketenangan. - FOTO EcoWorld
Eco Tropics dipenuhi pemandangan hijau bagi memberi ketenangan. - FOTO EcoWorld
Muhamad Shaifullah Tayep

MEMILIKI kediaman yang dapat memberi ketenangan adalah idaman semua.

Sekiranya anda mengimpikan untuk memiliki kediaman buat keluarga atau pelaburan di Johor, EcoWorld memperkenalkan projek penbandaran di Iskandar Malaysia, iaitu Eco Tropics.

Eco Tropics terletak di Pasir Gudang, Iskandar Malaysia. Ia merangkumi beberapa projek seperti rumah teres konsep taman, Breezegate; rumah teres berkembar, Millsgate dan Greensgate; rumah kluster kembar, Rainforest serta kedai pejabat berkembar, Eco Vantage dan Eco Biz.

Image

Eco Tropics adalah projek perumahan perbandaran pegangan bebas berpagar dan dikawal sekuriti bagi melindungi rumah anda setiap hari untuk lebih ketenangan fikiran.

Selain menjamin keselamatan, Eco Tropics turut mengetengahkan pemandangan dan suasana kehidupan hijau dengan landskap mempersonakan berserta tasik dari gazebo terapung berketinggian 20 kaki.

Image

Eco Tropics dilengkapi akses mudah ke trek joging dan laluan berbasikal dari depan pintu rumah untuk kehidupan lebih sihat, selain membolehkan penghuni menyebatikan diri dengan alam semula jadi ketika bersenam. 

Ia turut dilengkapi akses mudah ke Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Senai Desaru dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) untuk memudahkan penghuni keluar masuk dari kawasan perumahan. 

Selain akses, Eco Tropics juga berdekatan pelbagai jenis kemudahan seperti Lotus Hypermarket untuk mendapatkan barangan dapur, Eco Business Park untuk urusan perniagaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Grisek untuk pendidikan sempurna anak-anak.

Image

Eco Tropics juga menawarkan Co-Home iaitu konsep hidup hibrid yang mana pada asasnya adalah rumah teres dua tingkat, tetapi berpecah kepada dua unit dengan tapak yang sama. Ia dilengkapi dengan 3 bilik tidur + 2 bilik air beserta 2 tempat letak kereta sebelah menyebelah dan kebun belakang rumah berkeluasan 20 kaki*. 

Dengan Co-Home, EcoWorld memenuhi permintaan dua keperluan utama pembeli rumah iaitu menjalani hidup penuh gaya dan mampu milik.

Image

Pada masa yang sama, ia juga menarik keperluan pelbagai generasi seperti keluarga yang ingin rapat antara satu sama lain tetapi tidak di bawah bumbung yang sama.

Image

EcoWorld Iskandar Malaysia turut tampil dengan kempen Together We Create The Best Lifestyle in Iskandar Malaysia buat anda yang mencari produk rumah yang inovatif dengan reka letak berfungsi atau ruang komersial dan perindustrian dioptimumkan untuk kelebihan perniagaan.

EcoWorld Iskandar Malaysia melengkapkan setiap keperluan sama ada untuk pemilik rumah muda, keluarga yang sedang berkembang atau bakal usahawan.

Setiap yang anda perlukan ada dalam perbandaran EcoWorld yang dilengkapi dengan Reka Bentuk, Alam Semula Jadi dan Seni yang terbaik.

Cipta gaya hidup terbaik bersama di Iskandar Malaysia dengan memiliki kediaman Eco Tropics.

Mencari pakej rumah idaman atau pakej perniagaan? Layari laman web EcoWorld atau hubungi wakil jualan untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 1:16 PM