Pelbagai pilihan telefilem menarik sempena Hari Bapa ditawarkan pada harga RM1 - FOTO tonton CINEMA
Pelbagai pilihan telefilem menarik sempena Hari Bapa ditawarkan pada harga RM1 - FOTO tonton CINEMA
Mohammad Asyraf Khalib

SELEPAS ibu, bapa adalah individu penting yang bertanggungjawab membesarkan dan mencorakkan kehidupan awal kita.

Justeru, sambutan Hari Bapa wajar dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka. 

Sempena sambutan Hari Bapa tahun ini, tonton CINEMA membawakan tayangan istimewa telefilem penuh pengajaran untuk tontonan seisi keluarga.

1. Pulanglah Abah

Image

Telefilem ini mengisahkan pengorbanan seorang bapa dan suami yang setia menjaga isterinya yang sakit. Anak pula tinggal berjauhan dan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tersepit dengan kerja dan tanggungjawab harian, si suami tekad mengambil pembantu rumah bagi meringankan beban ditanggung.

2. Beruk Tok Ayah

Image

Selepas kematian isteri, Tok Ayah hidup seorang diri ditemani beruk peliharaan. Anaknya Hisham jarang pulang menziarah Tok Ayah kerana leka berjudi laga ayam. Hisham juga membenci beruk kesayangan Tok Ayah kerana menganggap beruk itu membawa bala.

3. Songket Pak Andam

Image

Khidmat andaman Pak Jenal tidak diperlukan lagi kerana muncul kedai andaman lebih moden. Namun selepas Mak Gayah pulang ke kampung, Pak Jenal diundang membuat persediaan perkahwinan Liana. Bagaimanapun, khidmat Pak Jenal tidak disenangi suami Mak Gayah iaitu Pak Man.

4. Ayah Tak Pernah Kalah

Image

Kehidupan di penjara membuatkan Husin insaf dan sentiasa merindui keluarganya. Selepas dibebaskan, Husin sukar mencari kerja tetapi dia tidak berputus asa demi membesarkan anak dan membalas jasa arwah isteri.

5. Kapcai Ayah

Image

Aliff yang dahulunya bangga membonceng motosikal bersama ayah di waktu kecil, kini malu dan melupakan pengorbanan ayah dan motorsikal itu. Bagaimanapun, terjadi satu peristiwa yang membuatkan Aliff sedar bahawa motosikal titu menjadi penyelamat hidupnya.

Telefilem hanya RM1

Selain lima telefilem di atas, terdapat pelbagai pilihan kandungan telefilem menarik sempena Hari Bapa yang boleh dilanggan menerusi tonton CINEMA dengan harga serendah RM1. 

Antara yang popular ialah Fatihah Untuk Abah, Baju Kebaya Terakhir Bapak, Pesona Ayah, Karma Abah, Bidadari Walid, Kayuhan Kasih Ayah, Pulang Surat Di Bawah Pintu, Salam Buat Kekasih dan Reza, Arman & Bill. 

Untuk melanggan semua telefilem hebat ini, layari www.cinema.tonton.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 3:15 PM