POPULAR meneruskan kempen Ramadan @ POPULAR dalam usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan - FOTO POPULAR
POPULAR meneruskan kempen Ramadan @ POPULAR dalam usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan - FOTO POPULAR
Mohammad Asyraf Khalib

KEDAI buku terkemuka Malaysia, POPULAR sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi kempen Ramadan di POPULAR.

Sejak ia dilaksanakan bermula 2010, kempen tahunan yang mengetengahkan konsep membeli sambil beramal itu berjaya memanfaatkan 164 buah rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Menjelang Ramadan tahun ini, POPULAR komited meneruskan kempen sama dengan sembilan syarikat penerbitan tempatan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Kempen Ramadan @ POPULAR 2022 berlangsung sehingga 24 April 2022 di Kedai Buku POPULAR dan HARRIS terpilih seluruh negara serta POPULAR Online.

Image

Menerusi Ramadan @ POPULAR 2022, tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal menjadi fokus utama kempen terbabit.

Selari dengan tema itu, setiap pembelian buku bahasa Melayu terpilih di POPULAR, sebanyak 10 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati rebat sebanyak 10 peratus bagi 362 tajuk terpilih daripada pelbagai kategori seperti agama, motivasi, bukan fiksyen, masakan dan komik.

Image

Selain tawaran rebat dan jualan amal, pelanggan juga dialu-alukan memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran dan Terjemahan.

Pelanggan hanya perlu membeli dan menyerahkan buku berkenaan kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada badan kebajikan terpilih.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah percuma senaskah surah Yassin atau Manzil bagi setiap pembelian RM30 dan ke atas dalam satu resit, sementara stok masih ada.

ImageImage

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik sempena Ramadan @ POPULAR sekali gus berkongsi rezeki dengan insan yang memerlukan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi kedai buku secara fizikal, tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh menikmati semua promosi Ramadan @ POPULAR secara dalam talian menerusi laman POPULAR Online.

Sebagai alternatif lebih pantas, pelanggan juga boleh memanfaatkan kemudahan beli-belah menerusi perkhidmatan Order, Pick & Go. Menerusi kaedah ini, pelanggan boleh memilih untuk mengambil barang di cawangan pilihan atau penghantaran ke rumah juga boleh diaturkan. Anda hanya perlu menghubungi cawangan pilihan melalui WhatsApp atau klik pautan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Ramadan @ POPULAR, layari laman web POPULAR, kedai buku dalam talian POPULAR Online atau dapatkan perkembangan terkini menerusi Facebook dan Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 5:31 PM