Penapis Double HEPA terbukti mampu menyahaktifkan virus berbahaya serta partikel kotor halus dan bakteria. - FOTO Coway
Penapis Double HEPA terbukti mampu menyahaktifkan virus berbahaya serta partikel kotor halus dan bakteria. - FOTO Coway
Muhamad Shaifullah Tayep

PENULEN udara sudah menjadi keperluan bagi menjamin kesihatan keluarga yang lebih baik.

Penggunaannya di rumah terbukti banyak memberi perbezaan terhadap kesihatan dan mampu mengawal penyakit seperti kegatalan hidung, mata dan tekak, masalah pernafasan, ruam dan sebagainya.

Bagaimanapun, pemilihan penulen udara yang dilengkapi teknologi terbaik perlu dititikberatkan supaya dapat mengurangkan udara tercemar dalam rumah dengan lebih berkesan.

Teknologi baharu seperti Penapis Double High Efficiency Particulate Air (HEPA) boleh dimanfaatkan kerana terbukti mampu menyahaktifkan virus berbahaya serta mengurangkan partikel kotor halus yang lebih kecil daripada virus dan bakteria.

Ia juga menawarkan perlindungan berganda dengan salutan antibakteria dan antikulat serta diperakui untuk menyahaktifkan sehingga 99.999 peratus varian Omicron, virus Influenza A (H1N1), koronavirus manusia (HCoV-OC43) dan mengurangkan bakteria, kulat hitam dan banyak lagi.

Bagi menghalang penyebaran bahan tercemar berbahaya ini, penapis antibakteria yang menyahaktifkan sel membran dan struktur protein virus diperlukan.

Dalam masa 24 jam, bahan pencemar ini dinyahaktifkan dan dihalang daripada merebak.

Membantu rakyat Malaysia mendapatkan udara segar dalam rumah, peneraju pasaran dalam pembuatan dan pengedaran perkakas rumah moden, Coway memperkenalkan teknologi penapisan Double HEPA yang kini dilengkapi dalam Penulen Udara Coway STORM dan LOMBOK III.

Perkhidmatan nilai tambah ini adalah percuma untuk semua pelanggan Coway yang membeli model penulen udara Coway terpilih.

Image

Penulen udara STORM mampu menyingkirkan bahan tercemar dalam rumah bagi memastikan udara dalaman bersih dan sihat melalui penapis boleh suai empat langkah.

Ia juga menjamin pengaliran udara lebih baik dengan pengawal aliran udara boleh laras yang hadir dengan reka bentuk eksklusif.

Aliran udara yang ditapis juga mampu menjangkau sehingga enam meter bagi meningkatkan peredaran udara dalam rumah.

Selain dilengkapi penunjuk LED, penulen udara STORM turut dilengkapi ciri penapisan jerebu yang sangat berkesan mengurangkan udara tercemar khusus untuk rakyat Malaysia yang sering berdepan fenomena jerebu berulang saban tahun.

Image

Penulen udara LOMBOK III pula menawarkan kombinasi enam teknologi penapisan seperti Resistive Barrier Discharge (RBD) plasma dan ion bersama Double HEPA Coway untuk perlindungan tambahan.

Dibina oleh penyelidik pembangunan dan penyelidikan Coway sendiri, sistem penapisan RBD plasma meningkatkan kapasiti pensterilan bagi membolehkan ia menyingkirkan gas berbahaya seperti sebatian organik meruap (VOC), formaldehid, kuman dan virus.

Penulen udara dengan ioniser ini membantu pembersihan udara dengan menghilangkan oksigen aktif dan elektrik statik daripada udara.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberitahu pengguna tentang tahap habuk halus dan kehadiran bau kuat dalam udara.

Image

Dapatkan penulen udara STORM pada harga RM70 sebulan atau LOMBOK III pada harga RM90 sebulan daripada Coway bagi menjamin udara lebih segar untuk seisi keluarga hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 10:59 AM