Watsons mengekalkan penampilan duta, Nabil Mahir dan Ayda Jebat dalam video Gaya Raya Luar Biasa. - FOTO Watsons
Watsons mengekalkan penampilan duta, Nabil Mahir dan Ayda Jebat dalam video Gaya Raya Luar Biasa. - FOTO Watsons
Muhamad Shaifulah Tayep

SELEPAS dua tahun Aidilfitri disambut secara sederhana, tahun ini umat Islam bakal merasai semula kemeriahan Aidilfitri apabila Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu.

Menambahkan lagi kegembiraan rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri tahun ini, Watsons tampil dengan kempen Gaya Raya Luar Biasa yang menawarkan diskaun dan kejutan hebat melalui video raya serta paparan skrin 3D di pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur.

Mengekalkan penampilan duta Watsons iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir dalam video Gaya Raya Luar Biasa, pasangan sejoli itu dilihat tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali di kampung suami.

Apakah yang bakal ditemukan mereka setelah tiba di kampung Nabil dan bagaimanakah agaknya perasan merayakan Aidilfitri pada 2075?

Nantikan kesudahannya dalam Gaya Raya Luar Biasa dan saksikan telatah duta Watsons yang merupakan selebriti kegemaran rakyat Malaysia itu.

Selain video Raya, Watsons juga mempunyai kejutan istimewa yang bakal dipaparkan menerusi skrin LED pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sempena Aidilfitri tahun ini.

Siapa sahaja yang mengunjungi ataupun melintasi lintasan pejalan kaki di hadapan pusat beli-belah berkenaan akan tertarik dengan animasi 3D yang dihasilkan Watsons.

Watsons juga menyediakan ruang pameran di Pavilion Connection yang memberikan pengunjung peluang bermain permainan bagi mendapatkan hadiah percuma dan sudut bergambar rekaan futuristik untuk pelanggan merakamkan kenangan.

Image

Sempena Gaya Raya Luar Biasa, Watsons menawarkan potongan 50 peratus untuk pelbagai produk penjagaan bermula rambut sehingga kaki yang mampu menambah seri Aidilfitri.

Saksikan video tambahan di bawah untuk mengetahui produk terbaik yang boleh anda dapatkan sempena Raya kali ini.

Belanja dengan GrabPay

Pelbagai kejutan istimewa ditawarkan Watsons seperti tawaran peraduan belanja dan menang untuk ahli eksklusif bersama GrabPay.

Image

Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai melebihi RM3 juta sempena peraduan Ganjaran Luar Biasa seperti telefon pintar dan aksesori OPPO serta hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi 1.3G.

Image

Pelanggan yang berbelanja RM100 ke atas di kedai atau secara dalam talian dan membuat pembayaran menggunakan GrabPay serta imbas kod QR bermula 5 April sehingga 30 Mei ini, layak menikmati diskaun RM10.

Image

Watsons turut akan memberikan sampul Raya eksklusif dan baucar bernilai RM5,000 untuk pelanggan yang berbelanja RM80 ke atas, sementara stok masih ada.

Untuk ahli Elite yang berbelanja lebih, anda akan menerima set hadiah penjagaan peribadi Naturals by Watsons secara percuma.

Gunakan baucar kecantikan dan kesihatan untuk penjimatan melebihi RM260, hanya imbas kod di kedai atau klik sini untuk mendapatkan kod dalam talian untuk tujuan penebusan.

Image

Dapatkan potongan harga sebanyak RM8 dengan baucar istimewa untuk setiap pembelian sebanyak RM120 produk kosmetik dan penjagaan kulit muka di kedai dan dalam talian.

Image

Pelanggan juga akan menerima wangian Enchanteur Chic (8ml) untuk sebarang pembelian RM30 produk kosmetik atau penjagaan peribadi di kedai dan dalam talian.

Image

Serikan wajah sempena Aidilfitri ini dengan promosi Beli 1 Percuma 1 dan MegRhythm Eye Mask secara percuma untuk setiap pembelian mana-mana produk topeng muka (produk penjagaan kulit) bernilai sehingga RM80.

Image

Jangan lepaskan untuk melengkapkan hiasan rumah sempena Raya dengan dekorasi dibawakan Watsons bertema warna kuning dan emas yang sememangnya menceriakan lagi suasana.

Dapatkan set memasak seramik tanpa lekat dan pinggan hidangan porselin dua tingkat yang dipadankan bersama set sarung kusyen cetakan emas dan alas tempat duduk boleh lipat kalis air sempena Aidilfitri kali ini.

Pastinya, Aidilfitri kali ini tambah meriah dengan tawaran dan kejutan dibawakan Watsons sempena Gaya Raya Luar Biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya dan tawaran eksklusif Watsons, layari www.watsons.com.my atau lihat e-katalog Watsons.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 6:21 PM