Jasad Muhammad Azwa Azman ditemui selepas hilang sejak Selasa. FOTO APM
Jasad Muhammad Azwa Azman ditemui selepas hilang sejak Selasa. FOTO APM
Oleh Hazsyah Abdul Rahman


Kinabatangan: Jasad Muhammad Azwa Azman, lapan tahun, yang lemas di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Batu Puteh di sini, ditemui jam 1.45 tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, jasadnya ditemui penduduk kampung kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak lengkap anggota badan. Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya jam 2.05 petang," katanya.

Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang ketika mandi di sungai itu pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 5:33 PM