LOKASI kejadian kanak-kanak berkenaan hilang di Sungai Kinabatangan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
LOKASI kejadian kanak-kanak berkenaan hilang di Sungai Kinabatangan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Kinabatangan: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Batu Puteh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lapan tahun berkenaan dilaporkan mandi di sungai itu sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 pagi

Menurutnya, sejurus kejadian lima anggota bomba dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"SAR ketika ini sedang giat dijalankan dan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa akan dimaklumkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 12:41 PM