ANTARA keadaan kedai di Pasar Datuk Keramat yang terbakar semalam. FOTO FATHIL ASRI.
ANTARA keadaan kedai di Pasar Datuk Keramat yang terbakar semalam. FOTO FATHIL ASRI.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Punca kebakaran di Pasar Keramat, Kampung Dato Keramat, di sini, semalam, tidak unsur khianat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, siasatan awal dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur yang dikesan menjurus ke arah perbuatan itu.

"Hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik (bomba) dan Unit Anjing Pengesan (K9) (bomba) di lokasi kejadian mendapati tiada bahan bakar dikesan.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bagi menentukan punca sebenar kejadian kebakaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semakan awal dilakukan pihaknya ada sedikit kekeliruan dari segi bekalan dan penyambungan pendawaian elektrik di lokasi berkenaan yang memerlukan siasatan lanjut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Pasar Keramat terbakar lagi, awal pagi semalam, selepas kejadian sama berlaku di kawasan berkenaan pada 17 Mac tahun lalu membabitkan lebih 40 kedai yang terbakar.

Dalam kejadian itu, Nordin memaklumkan pihaknya tidak menemui sebarang faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sabotaj seperti yang didakwa segelintir pihak di media sosial dalam insiden berkenaan.

Berita berkaitan:

  • href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/850826/redah-asap-tebal-selam...">Redah asap tebal selamatkan barang kemas

  • href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/850775/pasar-keramat-terbakar...">Pasar Keramat terbakar lagi [METROTV]

    Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2022 @ 2:26 PM