LELAKI diselamatkan bomba ketika mendaki Bukit Rawang Bypass. FOTO Ihsan bomba
LELAKI diselamatkan bomba ketika mendaki Bukit Rawang Bypass. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Rawang: Lelaki mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Rawang Bypass, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba dan Jabatan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.26 pagi dan tiba di lokasi jam 11.40 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mendapati mangsa berusia 54 tahun mengalami sesak nafas dan tidak dapat turun.

"Seterusnya anggota bomba menyelamatkannya sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Selayang.

"Mangsa dilaporkan dalam keadaan baik dan operasi tamat 1.39 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 5:28 PM