SUASANA Mantai pada 2019
SUASANA Mantai pada 2019
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Mantai Aidilfitri dalam talian yang dianjurkan kali pertama kerajaan Negeri Sembilan menerima tempahan sebanyak 238 kilogram daging dan tulang campur.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir berkata, tempahan secara dalam talian itu bermula 15 April lalu dan berakhir Isnin lalu menerusi aplikasi Agrobazar Online (ABO ).

Katanya, ia turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

"Orang ramai boleh mengambil daging yang ditempah pada 30 April ini di 14 lokasi yang sudah ditetapkan.

"Pada masa sama, di lokasi terbabit turut diadakan program jualan daging mantai secara fizikal, "katanya hari ini.

Bakri berkata, lokasi jualan di daerah Seremban adalah di Ikhwan Mart Seremban 2; Kampung Sungai Landak, Ampangan; Santan Station Mambau, Kampung Mambau ; Surau Al Mustofa, Gedung Lalang;Centre Point, Bandar Seri Sendayan dan Masjid Dato' Klana Petra Mohd Yusof, Sikamat.

"Lokasi lain adalah Dewan Agora, Rembau ; bersebelahan Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin; Pasar Tani Kekal Bandar Seri Jempol, Jempol; Simpang Pertang dan Pusat Khidmat DUN Klawang, Jelebu; Medan GBBS Batu 4, Port Dickson dan Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah," katanya.

Bakri berkata, kerajaan negeri menawarkan harga insentif sebanyak RM3 sekilogram bagi daging dan tulang yang dijual namun pembelian dihadkan bagi setiap individu sebanyak 3 kilogram daging dan 3 kilogram tulang.

Katanya, dianggarkan 39,500 kilogram daging dan tulang campur akan dijual kepada orang ramai yang datang secara fizikal ke lokasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 3:06 PM