Bahagian tangan yang tersepit dikeluarkat anggota bomba, FOTO ihsan Bomba
Bahagian tangan yang tersepit dikeluarkat anggota bomba, FOTO ihsan Bomba
Asrol Awang


Rompin: Pekerja kuari terputus tangan kiri pada paras siku dalam kejadian di Keratong Timur, Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, dalam kejadian 10.20 pagi tadi, tangan mangsa berusia 51 tahun tersangkut pada mesin pemecah batu ketika melakukan kerja.

Katanya, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Muadzam Shah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa sudah dibawa ke Hospital Muadzam Shah.

"Bagaimanapun, tangan yang terputus iaitu dari paras siku masih tersepit pada mesin terbabit," katanya.

Jurucakap bomba itu berkata, sebaik anggota badan itu dikeluarkan, tangan itu segera dibawa ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 6:32 PM