KEADAAN kereta yang dinaiki empat lelaki dan dua daripadanya adalah kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung di Lebuhraya Bahau - Keratong, Rompin. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN kereta yang dinaiki empat lelaki dan dua daripadanya adalah kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung di Lebuhraya Bahau - Keratong, Rompin. FOTO Ihsan Bomba
Khairulmizan Yahya


Rompin: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung di Lebuhraya Bahau – Keratong, dekat Bandar 15 Melati, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi mangsa iaitu pemandu serta dua penumpang lelaki termasuk seorang lagi kanak-kanak cedera.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Raziq Ramli dari Felda Keratong 6, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota termasuk dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

"Komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter dan terdapat empat orang mangsa didalamnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 9:50 AM