ANTARA bot nelayan yang diusir dari perairan negara. FOTO Ihsan TLDM
ANTARA bot nelayan yang diusir dari perairan negara. FOTO Ihsan TLDM
Noor Hidayay Tanzizi


Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir lima not nelayan asing yang dipercayai mahu menceroboh perairan negara untuk mengaut hasil laut negara secara tidak sah di perairan Pulau Perak, Kedah, semalam.

TLDM dalam kenyataannya berkata, tindakan itu dilakukan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa susulan maklumat pengesanan Komander Komponen Maritim (MCC) Barat, pada 3.50 petang.

"KD Mahawangsa yang dalam penugasan Op Benteng Laut kemudiannya ke lokasi berkenaan dan mendapati lima bot nelayan asing sedang cuba memasuki perairan negara.

"Kecekapan dan koordinasi tindakan pantas KD Mahawangsa berjaya memintas dan mengusir semua bot berkenaan keluar daripada perairan negara," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebelum itu, pesawat B200T (RMF 380) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan keberadaan lima bot asing berkenaan di kedudukan 44 batu nautika di tenggara Pulau Perak.

Katanya, maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 9:38 AM